02 May, 2014

Safi Balqis Pembersih dan Penyegar 2 in 1 Trilogy REVIEW ~




Assalamualaikum

Okay ! , Hari ni saya nak buat review sal satu produk . sebenarnya hari ni dah 2 , 3 produk saya cari untuk pencuci muka baru saya ni . Mula-mula , saya browse-browse kat belog senior-senior sal 'Sabun Susu Beras Thailand' ada yang komen negatif ada yang positif . Haih , canne tak was-was nak guna menda alah tu . And then , browse-browse 'Safi Perfect 10' sebab kengkawan ramai guna Safi ni and rekomen untuk saya . Hehe , macam makan pujukan je kan? Lepas tu , stop browse kat MR.G and siap-siap nak pi Pantai Timur . Yalah nak pi KBM jauh sangad , sebab tu pi tempat yang dekat je . Then tiba je sana , masuk pintu tu , nampak lah benda biru ni . 
"Aih , macam baru je ? tak penah nampak pun produk Safi Tri-Trinologi ni . ? Alahai , nama produk pun susah ."
Belek-belek benda biru tu , dya tulis , 'Pembersih dan Penyegar 2 in 1 dan kandungan dalam produk ni ada 'water' , apalagi , saya rembat terus mende tu and masukkan dalam benda alah yang boleh tolak tu . urm, TROLLEY ! Sumpah memang tak penah nampak menda ni . Balik aja dekat rumah , saya terus basuh muka , and try this one . Basah dulu muka , and picit SIKIT sahaja and gosok-gosok sampai berbuih and apply kat muka . yes , masa pakai , tonyoh-tonyoh , memang rasa macam ada mint je kat muka , sejuk je , berangin je. And tunggu selama 2 minit . Kejap je tu . Kira 1, 2, 3 dan ulang sampai 10 kali dah leh bilas . Lepas bilas tu rasa macam melekit je muka . Kalau rasa melekit lagi , baik ambik air sembahyang , ilang lah menda tu . Siap dah , korang akan rasakan berangin sangat-sangat kat muka ni . And rasa sayang je nak lap air kat muka sebab memang rasa berangin . Kalau bagi saya , lepas dah lap , and dalam 5minit , bekas jerawat atau tempat jerawat yang belum mati lagi tu macam gelupas . Bukan ada apa-apa pun sebab ada  Ekstrak Kiwi dalam cleanser ni . Kiwi ni bertindak sebagai antioksida dan mengelupas kulit dengan lembut untuk menghasilkan sel-sel kulit baharu. Kandungan semula jadi pada Kiwi yang kaya dengan Vitamin C (2 kali lebih tinggi daripada lemon) membantu memastikan proses pencerahan berlaku secara lembut dan selamat.
Amacam ? Kalau korang pun nak tau apa effect dya and nak rasa macam mana yang saya rasa , beli lah , harga nya agak affordable , hehe , bukan duit saya , RM 16 sahaja . Sebab botol dya agak besar tau . Tapi produk ni berkesan jika kta guna semua produk yang berangkaian dengan produk  TRILOGY ni . 
Seperti :
  • Gel Pengelupasan Trilogy 
  • Krim BB+ SPF 30 Trilogy
  • Serum Trilogy
  • Krim Pelembap Siang SPF20 PA+ Trilogy
  • Krim Pelembap Malam Trilogy
  • Krim Kecantikan Trilogy
semuanya TRILOGY lah . Haih , mana aku nak dapat duit beli semua benda alah ni . Krim malam , Krim Siang , Krim kecantikan tu memang I Am Sorry! memang saya takkan pakai . huhu . kalau Gel Pengelupasan tu mybe boleh kut . sebab Muka saya ni memang tak penah sentuh krim-krim ni . hehe . bebas dari krim . huhu . so tu sahaja lah nak bagi peringatan . kalau nak dapat kesan cerah kulit or something relate with it , u must buy one set Trilogy to get the better result bak kata SAfi , dapat lihat dalam masa 3 HARI! 


And nak tau lagi apa dalam produk Safi Balqis Pembersih dan Penyegar 2 in 1 Trilogy ni ? 

CHECK THIS OUT!


Pembersih & Penyegar 2 dalam 1 SAFI BALQIS White Trilogy dengan rumusan bebas sabun bertindak 2 dalam 1 sebagai pembersih dan penyegar. Manik-manik kecil di dalamnya mengandungi minyak bunga matahari bertindak sebagai antioksida yang memberi perlindungan kepada kulit. Ia membersih secara mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran di samping mengembalikan kesegaran tanpa menghakis lembapan semula jadi kulit wajah.

SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Kiwi bertindak menerusi 3 lapisan kulit* untuk 10 aksi pada kulit wajah**:
  • Membersih secara mendalam
  • Mengecilkan pori
  • Memudarkan cela
  • Melindungi dari sinar UV
  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi dari radikal bebas
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Menghaluskan kulit
  • Melembutkan kulit
  Pencerahan kulit yang efektif bukan sekadar pada lapisan luar malah meliputi lapisan dalam kulit wajah.

Sistem White Trilogy diuji secara saintifik untuk mencerah menerusi 3 lapisan kulit* untuk hasil pencerahan yang sempurna dan selamat dalam ,
  • 3 Minit - Bertindak pada lapisan luar kulit untuk memulakan proses pencerahan secara semula jadi
  • 3 Hari - Mula mengurangkan pembentukan melanin pada lapisan dalam kulit
  • 3 Minggu - Kulit menjadi cerah sempurna hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan kulit
BAGAIMANA TINDAKANNYA? 
SAFI BALQIS White Trilogy bertindak mencerah wajah secara menyeluruh menerusi 3 lapisan epidermis kulit dengan 3 bahan utama:

Arbutin
Arbutin berkesan merangsang sel-sel kulit, memulihkannya agar tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya seterusnya memastikan proses pencerahan berlaku dengan sempurna.

Nano BioWhite
Partikel nano bertindak meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk menghalang pembentukan melanin punca tompok hitam dan kulit kusam.

Ekstrak Kiwi
Kiwi bertindak sebagai antioksida dan mengelupas kulit dengan lembut untuk menghasilkan sel-sel kulit baharu. Kandungan semula jadi pada Kiwi yang kaya dengan Vitamin C (2 kali lebih tinggi daripada lemon) membantu memastikan proses pencerahan berlaku secara lembut dan selamat.

Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.

* Pada lapisan epidermis. 
** Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI BALQIS White Trilogy."


Baru je hari ini pakai , 2 MEI 2014 . And harap sangat-sangat yang jerawat takkan naik lagi . :D 

salam ceria daripada , Mrs. Hero 


5 comments:

  1. Salam..betul ke ada rasa mint kat muka?? Waaahh..mesti bestkan..eee geram pulak nak beli safi white trilogy ni..tapi sy baru je beli safi rania..huhu..

    ReplyDelete
  2. yup, kalo gosok smpai bbuih banyak banyak!

    ReplyDelete
  3. kita pun dah try pencuci ni...memang ada rasa mint.pelembap siang pun sama.ada rasa mint

    ReplyDelete
  4. Bila sy letak krim utk jerawat kat muka sy..semakin pedih..mungkin tak sesuai kot huhu

    ReplyDelete
  5. Berangin sbb ad menthol. Cuba check ingredient ya ☝️

    ReplyDelete

Jemput komen jangan malu-malu ~ :D

Pesanan Ikhlas Dari Lubuk Hempedu Sampai ke Pankreas , Mrs. Hero