25 October, 2014

Biskut Paling Mudah Dan Sedap by Mrs. Hero (Biskut Koko Crunch)

sebelum dibakar

selepas dibakar

hari ni aku tersangat lah bersemangat nak buat biskut sebb kelmarin dah beli bahan nak buat biskut ni.. so sedia bahan,, cek dalam internet, browsing browsing.... belek google... hmm.. kenapa semua jenis biskut guna koko? aku tak minat milo bukan koko.. okei... kelmarin tak sempat ambik serbuk koko so... terpaksa la aku buat resepi sendiri... resepi kak balqis yang aku ubah.. biskut kak balqis namanya serpihan coklat tapi aku punya BISKUT KOKO CRUNCH

resepi AKU...

Bahan-bahan :

1/2 cawan mentega
1/7 gula kastor
1 cawan tepung gandum
1 cawan koko crunch*aku guna yang koko dan karemel yang dihancurkan
1/4 camca teh esen vanila
telur 2biji
pewarna*yang korang suka

Cara membuatnya :

1. Putar mentega dengan gula , telur hingga kembang.

2. Masukkan esen vanila dan pewarna

3. Masukkan tepung gandum dan guna sudu dan sebatikan dahulu

4. Putar tepung tadi sehingga menjadi ketul-ketul halus

5. Masukkan koko crunch yang telah dihancurkan dan putar guna laras paling kecil.. *taknak bagi terbang koko crunch tu

6. Sediakan dulang pembakar dan bentukkan adunan tadi kepada bentuk yang digemari bersama dengan koko krunch..

7. Masukkan kedalam oven pada suhu 180 darjah dan selama 20 minit.. 

8. Siapp.. hidangan ni hanyalah untuk 20 biji sahaja


No comments:

Post a Comment

Jemput komen jangan malu-malu ~ :D

Pesanan Ikhlas Dari Lubuk Hempedu Sampai ke Pankreas , Mrs. Hero