01 January, 2015

Hello 2015!


Hey! Hoy! tamatlah sudah perjalanan kita di 2014. Penceritaan di bangku tingkatan 3 sudah berakhir. bermulalah pula kisah dibangku tingkatan 4. Rasanya makin susah daripda tahun yang sebelumnya yang memang dah susah. Hari ini diriku masih menaip di negeri Perak Darul Ridwan. hey, dengar habaq aku nak balik Kelantan hari ini? tak jadi lah. Why? sebab bas takleh nak lalu jalan Gerik tu. Kejadian Banjir buruk kat Pantai Timur , tanah runtuh , jalan raya berlubang habis. Ujian Allah yang Maha Hebat tahun ini. Rasanya banjir ini dah semakin pulih. Hey! Pesawat MH370 macam mana? tak jumpa sampai sekarang. Ntah lah. tak tau nak habaq apa. 

okay nak cerita kenangan 2014. 

Rasanya aku tulis dah cukup lengkap dalam blog ini sepanjang tahun 2014. tapi ada juga yang tersemat dalam draft/\. jenuh nak nulis hang/ panjang sangat. so, biarlah dia dekat situ sampai lah aku ada hati nak sambung tulis. 

So, 2014, start dari mula sekolah, aku berpisah dengan Niesha, BFF aku tu, aku masuk kelas 3 Ibnu Hayyan dan dia ke kelas 3 Ibnu Khaldun. Ntah lah macam mana dia boleh pergi nun ke sana. aku tak dapat nk tolong dia,, sorry nieshaaa.. Naza pun dah terturun ke kelas 3 Ibnu Batuta. sikit je peginya. tapi sekarang aku ngan dia macam tak kamceng macam dulu. Biasalah, waktu sudah memisahkan kitaaa.. haha.. aku nak tegur pun takut dia tak layan. biaq pi lah dia na. Pastu aku tablemate dengan Nur Halida Suraya. Well, budak ni pemalas orang nya. tapi aku geram betul dengan minah ni. dia ni kuat ingatan tau. apa yang cikgu cakap semua dia ingat. aku pulak ckgu kena ulang 3 kali baru lah nak faham. Jeles ngan kau Halida! haha. Dapat jugak dia 9A. Bangga aku. haha. Pastu segeng dengan Alia, Syida, Izzah, Nadiah. Dulu-dulu mana ada aku rapat ngan diorang ni sebab diorang duk belakang kan. Aku ni jenis PEMALAS sikit nak pi belakang. hahaha. kat situ aku duduk kat situ jugak lah aku stay. Malas nak jenjalan! haha. 
Lepas tu aku ada segroup dalam Storyboard NIE, aku segeng dengan Azzam, Ilham, Iffah, Ina. Iffah dan Ina dari kelas lain sebenarnya. tapi aku yang beria ria ajak diorang hehehe. BFF aku jugak tu. haha. Kitaorang tak menang pun. alalala. Sabar jelah. 
Pastu setiap kali nak dekat exam pertengahan, percubaan PT3 tu aku ada buat study group dengan dua orang je kawan iaitu Shimah dan Syida. well, nama pun nak dekat sama kan? Syuhada, Shimah, Syida. goood! haha. Alhamdulillah, apa yang kami study tu masuk jugak exam. Tapi kitaorang tak dpt result yang sama. tak pe lah tahun ini ada lagi. Maybe kita semua masuk kelas Aliran Sains yang sama? haha. Time nilah kita kena study hard balik lepas dah lama holiday lepas PT3 kan.
Lepas Pt3 habis, ramai jugak yang tak mai sekolah malas habaqnya. terutamanya budak pemalas seperti, hey nak sebut ke tak? eh sebut jee.. haha. terutamanya, Nadiah, Dayah, Deli, Hisyam, Amirul, Pok Jak, Sepul, Danial. yang selalu muncul diri lepas PT3 ni pulak, Alia, syida, Izah, Ilham, Jijoe, Syafiq, Gazali, Pessa, Azzam, Halida, Anis, Anis suraya. hai ada dua anis kat sini? biaq pi lah.. haha,.diorang ni takde kerja kat umah sebab tu mai sekolah nak buat kerja. aku ni ketogori malas jugak. malas mai sekolah. ntah amende lah yang rasuk diorang untuk mai sekolah tolong cikgu isi markah PBS and susun kertas final exam ting 1,2,4.  AKU MALAS! haha. tapi mai jugak sekolah dalam 5 hari je kut?

Pastu time amik result. aku takleh mai sebab aku terperangkap kat Perak. sape suruh ikut pi Perak? kan dah takleh amik result. Argh. sedihnya... Nak jugak celebrate result ngan kengkwan. huuuu.. Tahniah la sesapa yang dpt straight A"s and sape yang dapat result tak OK sangat, pakat sudy rerajin lah tahun ini. untuk SPM okay?

Sekarang aku tunggu jawapan pihak MRSM PC. nak sangat masuk. kalau tak dapat sedih gila gila gila lah aku. haha. Sbp tak ambik, isi je. haha. tak sempat print sebab Banjir kt Kelantan kan. Abah ngan Mama tak sempat print sebab line takda, elektrik takda, air takada.. sabar jelah. lagipun aku memang taknak sbp. hehe. kalau tak mintak sbp tak dapat Mrsm menyesal tak sudah. tapi Allah dah atur yang mana terbaik untuk aku kan.. hehe. kalau tak dapat memana study SIS je lah ngan kengkawan lama. haha... tak berkembang lah otak aku. hahaa.. tak travel tempat lain. tapi biarlaaaah.... terima Qadq Qadr. huuhuhuuuu... doa lah bebanyak syuhada oii..


Habis lah story morry aku tentang imbasan kembali pada tahun 2014. Aku tulis lagi lah lepas dah balik Kelantan nanti, Kbyeee........ 

P/S: nak MRSMPC! MRSMPC! huaaaaaaaa.. aku rasa macam takdapat je. ah sedeh.

No comments:

Post a Comment

Jemput komen jangan malu-malu ~ :D

Pesanan Ikhlas Dari Lubuk Hempedu Sampai ke Pankreas , Mrs. Hero