30 March, 2017

Kisah Seram Mrsm Pc



Hai, hari ni baru aku rajin nak menaip kisah yang berlaku 2 tahun dulu. Benda ni jadik masa tu aku and bestfriend baru balik dari outing, kbmall kat kb. Then, lepas balik, terlepas waktu outing, masa tu warden masa tu cg wan zu. Hah, parok. Kitorang kena bebel lam 15min, and kena terangkan bagi sebab apasal lambat balik. Bla3. Dekat kul 7 lebih dah. Kitaorang kena ada kat surau kul 7.30 ah paling lewat. Then, apalagi lari lah gi blok E. aku aras 1, e1. Masa tu memang dah abis dia kira dah. Takde orang. Gelap dah. Aku and bff aku pikir, nak mandi ke tak. Lantaklah, nanti sebelum prep aku g mandi lah. Kitaorang plan, nanti sebelum prep datang balik blok e tuk mandi. Pastu, lepas je siap solat, announcement yang berlebar tu akum alas dengar  . Kalut lah nak gi mandi. At the same time, aku tertinggal fon, takleh nak call bff aku tu. So, aku gi sorang2 dulu blok e nak amik fon walaupun semua pelajar duk kat surau lagi. Nak amik fon je, taknak mandi. Seram. Sebab dah banyak kali dah bende seram jadi kat blok e ni. Cari nahas lah. Aku naik lah, lari g cube aku, amik fon. Gelap gila. Aku lari ah nak turun. Tapi, guess what. Time aku amik fon, bunyi tapak kaki. Bukan dalam blok, tapi sebelah blok aku, blok d. erm. Aku jalan2 je dulu lepas dengar, orang cakap kalau tau, jangan buat macam dah tau. Aku jalan jalan. Then, bunyi loceng, bukan loceng macam time rehat tu, macam rantai kea pa, yang geser kat lantai. Still bunyi tu dari luar. Aku cuak gila dah. Jalan je. Buat bodoh, hilang lah nanti. Aku jalan2 lagi. Aik, apasal sama, consistent je bunyi dia. erm. Macam dia ikut je tau. Aku tak tahan. Lari sampai tangga. Hilang bunyi tu. Fuh. Aku lari turun gi surau balik. Aku call bff lepas tengok semua dah start turun dari surau. Then, Nampak bff aku tengah jalan sambal pegang fon. Dia ajak aku gi mandi. Aku taksampai hati nak cakap apa jadi tadi. Aku senyap je. Then, kawan aku sorang lagi ni Nampak aku cungap2. Dia cakap, apasal muka kau putih semacam je. Nampak hantu ke. Hehhe. Aku sengih je. Malas cerita. Then gi balik blok e, teman bff aku. Aku takut kut. Fobia, tapi still berani buat hal kat blok e. so, nak mandi. Dahlah tandas hujung sekali. Aku masuk tandas, bukak air. Alamak, apasal takde air pulak ni. Hishhh. Macam2, aku pun biar je bff aku mandi. Aku balik ke cube, apa lah cubaan. Aku putuskan taknak mandi. Biarlah, peluh pun peluhlah. Haha. Aku tukar ke baju prep, baju kurung. Bff aku lama gila siap. Aku pun jerit lah, aku trun jap, takut ldp check, aku jaga line lah mcam gitu. Then duduk kat bawah. Sebenarnya aku takut duk kat atas. Haha. Tinggal bff sesorang lam tandas. Haha. Teruk gilaaa. Air takde, dia mandi camne? Betul ke tu bff aku haha. Macam2 aku pikir, then, aku call. Takde line. Aku call lagi, takde line. Aik. Apasal takde line. Then bff aku turun. Dia bebel. Apasal aku tak angkat dia call banyak kali. Aku pun like, aku pun call kau tapi takde pulak missed calls dari kau. We like, em. Teguk air liur. Ahahaha. That’s it. So, jangan buat hal . banyak pengajaran. Jangan  balik outing lambat. Jangan buat berani. Jangan langgar peraturan ldp. Tu je. Selamat berhuni di blok estatika. Bye.

No comments:

Post a Comment

Jemput komen jangan malu-malu ~ :D

Pesanan Ikhlas Dari Lubuk Hempedu Sampai ke Pankreas , Mrs. Hero