30 March, 2017

test JPJ yang GAGAL

Berdeba nye nak tanggung jpj ni. Dahlah mama gi sabah hari ni. Sampai je jumpa kawan2 kat kmse. Yang aku kumpul pelan2 kat sana. Hehe. Buat rpk rsm, alhamdulillah jpj baik pelik. Haha, dia suh cakap pasal bonet ngan but je. Aku tipu2 buat je. Then lulus, aku gi kat bukit. Buat bukit, my god,jpj tegur aku.
“awak nombor berapa.?”
“27”
“buat lagi sekali. Awak tak boleh buat macam tu.”
Aku berdebo abissssssssss. Yelah buat 2kali kutttt!!!. Aku buat. Alhmdulillah menjadik. Then. Siap. Aku gi kat parking. Haha. Doa. Harap yang ni pun lepas. Cikgu cakap suh turun bagi boring kat jpj kat pondok. Aku pun keluar bagi boring. Masuk balik, nak buat parking. Then jpj panggil.
“awak! Angkat brek tangan. Dah lah buat.”
“kenaapaa??”
“awak tak pakai tali pinggang.”
Aku like, sedih sangat!! Akku ingat teguran gitu, aku nak undur dah. Pastu dia cakap
“yang ni mandatory, dah amik boring ni. Awak kandas.”
Ya Allah. Sedih sangaattttt. Kecewa. Aku terpikir satu je, my god aku kena belajar dengan cikgu tu lagiiiI!!!
Aku gi serah boring and prepare for jalan raya. Nampak cikgu,
“cikgu saya kandas.”
“gapo? Awak kandas mano”
“tali pingge”
“tu lah saya pesan banyok kali doh. Lamba pulok lah awak test”
Alamak dia start bebel. Aku sedih lagi hahahaha
Then abah pun bebel jugak, tali pinggang mede basic. Melampau angoh ni.
Watever lah. Aku pun buat jalan raya. Harap lulus. Amin
Then masuk, assalamualaikum and bla2. Aku nak tutup enjin, dia cakap takyah. Aku dah tutup. Sengih, hehe.  Dia pun cakap sambal muka frust sebab aku tutup enjin tu,
“huhh, takpe2, awak teruskan je, saya bagi kelonggaran kat awak, bawak terus.” Aku pun okay. Aku paakai tali pinggang. *menyesal. Bawak. Tengah jalan tu, dia cakap,
“awak tau kesalahan mandatory apa?” *aku angguk pun tak geleng pun tak
“awak Nampak apa kesalahan mandatory yang awak buat hari ni? Saya boleh bagi awak kandas tau.”
Rupanya dia tak pakai tali pinggang. Allah. Aku nak nangis dah, kenapaaaa?????!! Dalam hati aku dha kandas ni. Baik pusing je balik.
“tapi takpe, saya lepaskan awak. Lain kali ingat ni kesalahan mandatory. Saya tak penah bagi calon saya kandas tau.”
Aku like nak meraung, thank youuu2. Miracle happened. Aku bawak ngan lancer. And sampai kat pejabat tu, dia tanya
“awak mesti dah pernah bawak sebelum ni kan? Atas jalan raya.”
Aku geleng lah, kalau aku cakap ya mesti dia saman aku. Haha
“takpayah lah nak tipu, cara awak bawak saya dah tau awak penah bawak kereta sebelum ni.”
Aku pun angguk. Kereta dah stop.
“kalau saya bagi awak kandas awak sedih tak.?”
“sedih”
Dia pun tunjuk kat kertas, dia bulat lulus. Aku like nak meraung lagiii. Haha. Terima kasihhh cik.
“jangan tunjuk happy sangat. Nanti calon lain nak naik dengan saya” cakap dengan muka yang tegasnya. Cikgu aku dah ada kat luar. Berharap aku lulus. Aku like lam hati, mujur je aku dapat ngan jpj ni. Alhamdulillah.
So, siaplah proses test, and aku kena get ready for 3.4 and 16.4 untuk kereta ngan muto. Ajaaa aja fighting! 

No comments:

Post a Comment

Jemput komen jangan malu-malu ~ :D

Pesanan Ikhlas Dari Lubuk Hempedu Sampai ke Pankreas , Mrs. Hero